Kulit Lembut

Kedudukan dan Peranan Hadith Dhaif Menurut Perspektif Ulama Islam

0 (0 maklum balas)
seni hadith merupakan disiplin ilmu yang mesti dipelajari oleh setiap orang yang ingin mendalami bidang pengajian Islam, lebih- lebih lagi bidang hadith secara khususnya. Disiplin ini disebut sebagai ilmu Mustalah al-Hadith atau 'Ulum al-Hadith. Melaluinya dapat difahami perbezaan antara hadith sahih, hasan, dhaif dan mawdu' (palsu). Setiap satu daripada status hadith ini mempunyai kedudukan dan perbahasan yang khusus di dalam kitab-kitab 'Ulum al-Hadith. Sekiranya hadith dinilai sebagai sahih atau hasan, maka ia wajib diterima dan diamalkan serta dapat dijadikan hujah di dalam syarak. Adapun hadith dhaif pula tidak sedemikian, namun ia masih mempunyai kedudukan dan peranan yang akan diterangkan secara detail dalam buku ini. Manakala hadith mawdu', maka seluruh ulama bersepakat bahawa ia tidak boleh diamalkan dan juga tidak boleh diriwayatkan kecuali untuk menerangkan kepalsuannya. Keperluan untuk mengenal pasti status hadith ini adalah cukup penting. Kata Imam Muslim (w. 261H) dalam mukadimah Sabihnya: "Ketahuilah bahawa yang wajib ke atas setiap orang ialah mengetahui perbezaan antara riwayat-riwayat yang sahih dan riwayat-riwayat yang 'sakit (dhaif), serta perawi-perawi yang thiqah daripada perawi-perawi yang dituduh. Ia tidak meriwayatkan melainkan hadith yang diketahui sahih sumber-sumbernya dan elok perawi-perawinya serta meninggalkan riwayat daripada orang-orang yang dituduh dan orang-orang yang keras sifatnya daripada kalangan ahli bidaah". (Muslim, 1334: 1/6) Para ulama amat berhati-hati dalam menilai sesebuah hadith, sama ada menilainya sebagai sahih, hasan, dhaif, dhaif jiddan atau palsu. la bukan perkara enteng kerana penilaian terhadap sesuatu hadith amat besar pengaruhnya dalam menentukan amalan dan budaya dalam masyarakat Islam. Kata Imam al-Tirmizi (w. 279 H): "Aku pernah bertanya kepada Abu Muhammad 'Abdullah bin 'Abd al-Rahman (al-Darimi, w. 255 H) tentang hadith Nabi SAW: ‎‫مَنْ حَدَّثَ عَنِّي حَدِيثًا وَهُوَ يَرَى أَنَّهُ كَذِبٌ، فَهُوَ أَحَدُ الكَاذِبِينَ‬‎ Terjemahan: "Barangsiapa yang memberitakan daripadaku suatu hadith, sedangkan dia melihat (mengetahui) ianya adalah dusta/bohong, maka dia adalah salah seorang daripada para pendusta/pembohong" [HR Muslim dan lain-lain daripada Samurah bin Jundab RA dan al-Mughirah bin Syu'bah RA]. Aku bertanya kepadanya: "Sesiapa yang meriwayatkan suatu hadith, sedangkan dia tahu bahawa sanadnya salah, apakah tuan khuatir dia akan termasuk dalam ancaman hadith Nabi SAW ini? Atau apabila orang-orang meriwayatkan suatu hadith mursal, lalu ada setengah mereka menyambungkan sanadnya atau menukar-nukar sanadnya, dia akan termasuk dalam ancaman hadith tersebut?" Jawab beliau: "Tidak, akan tetapi makna hadith ini ialah apabila seseorang itu meriwayatkan sesuatu hadith, sedangkan tidak diketahui bagi hadith tersebut ada asalnya daripada Nabi SAW lalu ia tetap meriwayatkannya. Maka, aku takut dia akan termasuk dalam ancaman hadith berkenaan". (al-Tirmizi, 1998: 4/334) Secara dasarnya, mengkaji sahsiah dan kredibiliti para perawi merupakan asas penilaian bagi menentukan status sesuatu hadith. Pada masa dahulu, kajian sanad dari aspek sahsiah para rijal dan neraca al-jarh wa al-taadil dilakukan oleh ulama hadith melalui rekod-rekod yang begitu hampir jarak masanya serta pengalaman mereka melalui interaksi secara langsung. Namun, berbeza pada masa kini kajian sanad hanya merujuk kepada kitab-kitab rijal yang banyak tersebar, seperti kitab al- Tarikh al-Kabir oleh Imam al-Bukhari (w. 256H), al-Kamil oleh al- Hafiz Ibnu Adi (w. 365H), Tahzib al-Kamal oleh al-Hafiz al-Mizzi (w. 742H), Tahzib al-Tahzib dan Lisan al-Mizan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (w, 852H), dan sebagainya. Berkemungkinan penilaian hadith yang terhasil adalah jauh berbeza dan tidak sama pada hakikatnya. Sesetengah pengkaji hadith moden juga kadang- kadang mengabaikan aspek qarinah (pluralnya qara'in), iaitu bukti sokongan yang menguatkan status sesuatu hadith jika ianya dinilai dhaif, ataupun melemahkan kedudukannya jika ia dinilai sahih. Semua ini menunjukkan bahawa urusan penilaian hadith bukanlah suatu tugas yang mudah. Justeru, penilaian yang dibuat oleh para ulama hadith terdahulu secara umum sudah memadai untuk dijadikan sebagai sandaran kerana keluasan ilmu dan ketajaman akal mereka dalam memahami keadaan sesuatu hadith. Demikian juga manhaj yang dipegang dan dipraktikkan oleh mereka merupakan manhaj yang terbaik dan terbukti muktabar sejak zaman berzaman Maka buku ini cuba memberikan pendedahan dan pencerahan mengenai salah satu daripada isu hadith yang cukup penting berdasarkan perspektif para ulama tersebut, laitu mengenai hadith dhaif serta permasalahan di sekitarnya. Semoga lanya memberi manfaat kepada masyarakat, menjadi panduan bagi para penuntut ilmu dan menjadi asbab untuk kita memperolehi syafaat baginda Nabi SAW di Akhirat nanti.

RM10.00

Stok: 136 unit

Spesifikasi

Tahun Terbitan: 2021

ISBN: 9789832638704

Bil. Muka Surat: 111 muka surat

Berat: 0.16 KG

Dimensi: 21.00 CM x 14.60 CM x 0.70 CM

Sinopsis

Maklum Balas

Belum ada maklum balas